Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin bin Mohd Amin sah kekal pacu FAM bagi penggal 2021 hingga 2025. Beliau merupakan Presiden FAM yang ketujuh sejak tahun 1951.
Menurut satu kenyataan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau menyatakan bahawa Datuk Hamidin tidak mahu melepaskan jawatannya sebagai Presiden FAM. Malah, beliau optimis untuk terus terajui FAM.
Sebelum ini, beliau mula memegang jawatan pada tahun 2018 menggantikan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Dalam pada itu, Presiden Bola Sepak Melaka United, Datuk Seri Sulaiman, beliau berpendapat bahawa Datuk Hamidin masih relevan diberi peluang dan punyai kredibiliti untuk terus memimpin FAM.
“Masing-masing boleh berikan pandangan namun saya selaku Presiden MUSA juga mahu memberi pandangan dan merasakan Hamidin masih lagi perlu diberi peluang untuk memimpin FAM kerana kredibiliti yang dimilikinya,” kata Musa kepada Sinar Harian.