Hamidin Letak Sasaran Penting Lee Zii Jia Di Olimpik
UltraSukan
UltraSukan
Olympic Malaysia
Advertisements

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan sasaran suku akhir sebagai sasaran yang perlu dicapai Lee Zii Jia.

Hamidin meletakkan sasaran tersebut kerana mengambil kira undian yang bakal dilalui jaguh perseorangan lelaki utama Malaysia itu.

Advertisements

Ini kerana pada satu ketika, Zii Jia perlu berhadapan cabaran pemain China atau Denmark jika ingin mara lebih jauh terutama di peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Atas sebab itu, selepas mengadakan perbincangan dengan bekas juara All England 2021 itu dan jurulatihnya, Wong Tat Meng, Hamidin merasakan sasaran suku akhir sebagai sasaran realistik buat Zii Jia.

Advertisements

“Walaupun dia (Zii Jia) tahu dia ranking ketujuh, seperti yang saya katakan dari awal, undian dalam badminton amat penting. Kita akan tengok dan dia pun tahu undian juga amat penting untuk di mana dia akan pergi seperti pemain China dan Denmark yang atas sana di mana akan bertembunglah.

“Tapi suka tak suka, macam Zii Jia katakan, kena jumpa juga di (peringkat) suku akhir atau separuh akhir. Jadi, saya pun katakan kepada Zii Jia bahawa pentingnya untuk sasaran minimum dia ialah melepasi suku akhir,” katanya kepada media di Sentosa Sport Arena pada 25 Jun lalu.

Advertisements

Zii Jia berada dalam prestasi baik untuk mendepani cabaran Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Beliau bukan saja berjaya meraih dua kejohanan iaitu Thailand Open 2024 dan Australian Open 2024.

Beliau juga berjaya merekodkan tiga penampilan final termasuk final Malaysia Masters 2024. Dan ini dijangka membakar semangatnya untuk mencipta kejutan di Paris, Perancis.

Advertisements

News Comments Account