Hamidin Sedia Berjumpa Dengan Lim Teong Kim Demi Bola Sepak Negara
Dunia
VocketFC + Utusan
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin bersedia untuk bersemuka dengan Lim Teong Kim demi kebaikkan bola sepak negara.

Beliau percaya perjumpaannya dengan Lim Teong Kim dan sesiapapun (yang berkaitan) akan memberikan sesuatu nilai tambah kepada pembangunan bola sepak Malaysia.

“Saya ada terbaca artikel (berkenaan FAM & Lim Teong Kim).. Saya dan exco boleh berjumpa dengan Lim Teong Kim pada bila-bila masa, bukan dia saja, sesiapapun boleh.

Advertisements

“Kerana kita sama-sama nak naikkan bola sepak Malaysia.” Jelas Hamidin di Petaling Jaya.

Hamidin akui Lim Teong Kim memiliki sedikit ketidakpuasan hati terhadap dirinya dan pihak FAM selepas kontraknya tidak disambung untuk skuad bawah 16 tahun negara namun menurutnya ia adalah keputusan bersama ramai pihak.

“Jadi bila-bila masa saja saya boleh berjumpa dengan Lim Teong Kim, tidak menjadi masalah tetapi saya harap ia bukan untuk tujuan publisiti.

Advertisements

“Mungkin beliau ada beberapa perkara yang ingin ditambah (penambah baikan) untuk negara,” jelas Hamidin semasa sesi soal jawab bersama media.

Sebelum ini Lim Teong Kim yang kini berada di Munich, Jerman beberapa kali memberikan komentar berkenaan bola sepak negara dan beliau menawarkan dirinya untuk kembali berbakti di Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram