Hannah Yeoh: Tak Guna Ada Kemudahan Canggih Jika Rakyat Tak Boleh Guna
UltraSukan
KBS

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melihat inisiatif merakyatkan kemudahan milik PSM patut diberi sokongan penuh.

Ini kerana jika orang ramai tidak boleh mengakses kemudahan bertaraf antarabangsa, maka sukar untuk menyuburkan minat mereka terhadap sukan terutama dalam kalangan generasi muda.

Ad

Dengan langkah ini, ini memudahkan usaha mengenalpasti bakat-bakat baru sukan yang boleh menjadi atlet pelapis pada masa akan datang.

Ad

“Justeru, Perbadanan Stadium (Malaysia (PSM) telah ambil keputusan untuk buka (kemudahan milik mereka).

“Ini adalah usaha untuk merakyatkan kemudahan Kementerian Belia dan Sukan. Sekarang, trek larian sudah dibuka kepada sekolah-sekolah (yang menganjurkan) acara olahraga (untuk) hari sukan masing-masing.

Ad

“Dan selepas ini, Isnin hingga Jumaat, sekiranya stadium tak digunakan, kita akan buka kepada sekolah. Hasrat kita ialah untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak (yang kata), ‘Oh, ini rasanya berlari dalam stadium’ dan mereka akan cemerlang.

Ad

“Tidak guna kita ada infrastruktur bertaraf dunia tetapi rakyat B40 (dan) kanak-kanak yang jadi aset masa depan kita tak boleh akses kepada kemudahan.

Ad

“Dengan ini, saya percaya ibu bapa betul-betul gembira bayar cukai kerajaan kerana anak mereka dapat merasanya. Tempahan saya diberitahu amat banyak dari semua sekolah,” katanya kepada MakanBola.

SNBJ yang berwajah baru bakal menjadi tuan rumah kepada aksi Pestabola Merdeka 2023 membabitkan Malaysia dan India esok.