Dunia
Photo: Getty Images
Advertisements

Jurulatih baharu Jerman, Hansi Flick memulakan karier bersama skuad kebangsaan Jerman dengan langkah kanan apabila berjaya mencatakan 3 kemenangan berturut-turut dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

Jerman berjaya meraih kemenangan 2-0 ke atas Liechtenstein, 6-0 ke atas Armenia dan 4-0 ke atas Iceland. Jerman berjaya merekodkan 12 jaringan tanpa dibolosi dalam 3 perlawanan, satu pencapaian yang positif buat Jerman setelah aksi yang kurang meyakinkan sewaktu kejohanan EURO 2020 yang lalu.

Hansi Flick menggunakan formasi yang sama buat Jerman sewaktu beliau mengemudi kelab Bayern Munich iaitu formasi 4-2-3-1. Jerman dilihat mula bermain attacking football yang menggerakkan serangan di bahagian sayap.

Advertisements
hansi flick Hansi Flick Masih Tidak Berpuas Hati Walaupun Jerman Menang 3 Kali Berturut-turut

Skuad Jerman kali ini turut didominasi pemain-pemain Bayern Munich apabila Flick menyenaraikan Manuel Neuer, Nicklas Sule, Joshua Kimmich, Leon Goretzka, Jamal Musiala, Serge Gnabry dan Leroy Sane. Flick turut memanggil bakat-bakat muda Jerman seperti Jamal Musiala, Florian Wirtz dan Karim Adeyemi.

Namun disebalik 3 kemenangan Jerman, Flick masih tidak berpuas hati dengan corak permainan pasukan tersebut terutama di bahagian final third. Malah Flick turut menyatakan mereka perlu bermain dengan lebih baik terutama apabila bertemu dengan lawan yang lebih kuat di masa hadapan.

Bahagian penyudah Jerman bagaimanapun terganggu dek kerana kesilapan mudah yang dilakukan beberapa kali oleh Timo Werner. Walaupun berjaya menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan tersebut, Werner masih kerap terlepas peluang keemasan dan gagal melakukan penyudah dengan baik.

Advertisements

Prestasi Werner sejak menyertai Chelsea mula menurun malah penyudah beliau semakin tumpul berbanding aksi yang dipamerkan Werner sewaktu di RB Leipzig. Jerman yang sememangnya kekurangan penyerang tulen perlu bergantung terhadap Werner ketika ini namun dengan timbulnya penyerang muda seperti Karim Adeyemi dan Youssofa Moukoko, Jerman mungkin dapat memanfaatkannya pada masa hadapan.

Walaupun menang selesa 4-0 ke atas Iceland yang bermain dengan blok defensif yang rendah dan kompak, Flick memberitahu pasukannya msih belum bermain pada tahap 100%. Malah hantaran silang di bahagian sayap banyak kali tidak menjadi.

Namun serangan yang dilancarkan melalui Leroy Sane dan Serge Gnabry masih mampu memberikan gol terhadap pasukan Jerman. Keserasian para pemain terutama dikalangan para pemain Bayern Munich turut menjadi faktor terhadap aksi cemerlang Jerman dalam 3 perlawanan ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram