Advertisement
Hanya 24 Kelab Elit Asia Bakal Beraksi Di Liga Juara-juara AFC
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bermula musim 2024/2025, AFC bakal memperkenalkan sistem baru kepada keseluruhan struktur kejohanan kelab Asia dengan kejohanan tertinggi, Liga Juara-juara AFC bakal dikecilkan daripada 40 kelab menjadi 24 kelab sahaja.

Menurut penulis sukan The Asian Games, Martin Lowe, Liga Juara-juara AFC (ACL) bakal dikecilkan bilangan kelab menjadi 24 daripada 40 kelab (seperti sekarang).

Sementara itu, Piala AFC pula akan menjadi kejohanan terbuka tanpa pembahagian zonal seperti yang dipraktiskan hari ini dan 32 kelab bakal bersaing seluruh Asia.

Kejohanan tahap 3 turut akan diperkenalkan dengan 20 kelab akan bersaing sesama sendiri.

Menerusi hantaran ASEAN FOOTBALL pula, konsep 1 liga akan digunakan untuk saingan ACL di mana kesemua pasukan akan beraksi sebanyak 8 kali dengan 4 darinya di halaman sendiri dan baki perlawanan di tempat lawan.

8 pasukan tertinggi liga akan mara ke pusingan kalah mati dan konsep baru AFC ini akan mengikuti konsep baru yang akan digunakan Liga Juara-juara UEFA menjelang musim 2024/2025.

Dalam masa yang sama, AFC turut akan memperkenalkan sistem kiraan mata baharu buat kelab-kelab di Asia menggantikan sistem kiraan sekarang.