Advertisements
Haqimi Azim Mahu Bawa Ilmu Kim Pan-gon Ke Doha
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Penyerang muda negara, Haqimi Azim mahu berikan yang terbaik sama ada dalam skuad senior Malaysia mahupun dalam skuad junior.

Haqimi Azim yakin pengalaman dan ilmu yang diraihnya sepanjang bersama skuad senior Malaysia mampu memberikan kelebihan apabila menyertai skuad junior bawah 23 tahun kelak.

Haqimi turut mengakui kecederaan sedikit menganggu perancangannya namun tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan dan bertekad untuk bangkit demi skuad kebangsaan.

“Persiapan tahun ini agar sukar sebab saya baru pulih dari kecederaan dan baru-baru ini saya dipanggil menyertai skuad kebangsaan. Saya bekerja keras untuk dapatkan balik saya punya rentak dan fizikal. Alhamdulillah saya boleh sesuaikan diri dengan cepat.”

“Bila nama saya disenaraikan dalam skuad senior, saya berdebar dan saya simpan dalam diri saya akan buat yang terbaik untuk negara. Saya akan perbetulkan kesilapan saya dan perbaiki permainan saya.”

“Persiapan saya bersama skuad kebangsaan, saya banyak belajar benda-benda baru daripada jurulatih Kim Pan-gon. Kalau ada rezeki saya pergi ke Doha, saya akan membantu pasukan skuad bawah 23 tahun.”

“Intensiti berbeza tetapi taktikal sama. Kami akan buat yang terbaik dan ikut gaya permainan seperti latihan skuad senior.” ujar Haqimi.

Penyerang berusia 21 tahun ini juga mengakui sedang mencari kembali rentak terbaik beliau dan tidak mahu menghampakan kepercayaan yang diberikan jurulatih kepadanya,

“Kecederaan saya sudah pulih 100% tetapi saya masih perlu berjaga-jaga kerana saya tidak mahu kecederaan ini berulang.”

“Cabaran pemain bola sepak ialah dari segi latihan dan stamina. Saya pun belum mula latihan kerana sedang off season. Saya sedang bekerja keras untuk berlatih dan cari kembali stamina saya sebelum dipanggil menyertai skuad negara.”

“Pengorbanan dalam bola sepak itu satu benda yang sukar bagi pemain tetapi inilah realiti. Inilah jalan yang kita pilih dan kita sanggup buat apa saja untuk negara.”

“Peluang dalam kesebelasan utama saya tidak pasti, itu terserah kepada jurulatih. Kalau jurulatih pilih saya, saya akan beri yang terbaik kepada pasukan.” tambahnya lagi.

Haqimi Azim bakal memperkuatkan skuad senior Malaysia bagi aksi menentang Oman kelak dan dijangka turut akan membarisi skuad bawah 23 tahun Malaysia menjelang Piala Asia Bawah 23 Tahun di Doha, Qatar kelak.