Harapan Menggunung Faisal Halim Untuk Kelayakan Piala Asia 2023
Dunia
FAM Official
Advertisements

Pemain sayap pasukan Harimau Malaya dan Terengganu FC (TFC), Faisal Halim telah menunjukkan permainan yang baik ketika diturunkan oleh pengendali pasukan negara, Kim Pan-gon dalam kesebelasan utama dalam perlawanan persahabatan menentang Brunei tempoh hari.

Walaupun beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut, ianya bukanlah satu tiket untuk beliau berasa selamat dalam skuad negara kerana perlu bekerja keras lagi untuk mengesahkan tempat ke dalam 23 pemain terakhir yang akan dibawa ke Kelayakan Piala Asia 2023.

“Saya gembira dapat jaringkan gol pertama bersama skuad Harimau Malaya. Secara jujur, saya tidak sangka boleh berada pada prestasi yang diharapkan terutama apabila jurulatih menggunakan sistem (formasi) yang agak berbeza.

Advertisements

“Namun, saya anggap barisan kejurulatihan telah memudahkan kami barisan pemain kerana jika dilihat, latihan yang dilalui tidaklah seteruk mana tetapi hanya memerlukan intensiti yang tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai persembahan beliau ketika menentang Brunei, Faisal sedar masih banyak lagi ruang yang perlu diperbaiki dan beliau berharap nama beliau akan termasuk ke dalam senarai akhir pemain yang akan dibawa ke Kelayakan Piala Asia itu.

“Sudah tentu saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan prestasi semasa kerana masih banyak yang boleh saya sumbangkan andai diberi peluang bermain pada perlawanan akan datang

Advertisements

“Sasaran saya adalah untuk kekal dalam kelompok 23 pemain dan mengenai kesebelasan utama, ia terpulang pada jurulatih,” katanya kepada Sukan Kosmo.

Harimau Malaya akan meneruskan aksi persahabatan menentang Hong Kong 1 Jun ini (esok) sebelum berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) pada aksi Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram