Harga Tiket Aksi Debut Messi Di MLS Meningkat 1000 Peratus
Dunia
@leomessi
Advertisements

Sejak Lionel Messi mengumumkan kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami sebagai kelab barunya pada musim hadapan, minat peminat bola sepak terhadap liga itu naik mendadak. Dan difahamkan harga tiket untuk perlawanan pertama beliau di MLS telah meningkat sebanyak 1000%!

Sports JOE melaporkan tiket bagi beberapa perlawanan telah naik mendadak sejak berita perpindahan Messi ke Miami disahkan. Salah satu daripadanya ialah perlawanan menentang kelab Mexico, Cruz Azul pada 21 Julai ini.

Ramai menjangkakan pemilik kelab, David Beckham bakal menggunakan perlawanan tersebut untuk memperkenalkan legenda Argentina itu. Harga tiket terendah perlawanan berkenaan iaitu AS$29 (RM133) kini mencecah AS$329 (RM1,518).

Advertisements

Begitu juga dengan dua perlawanan MLS Inter Miami membabitkan New York Red Bulls dan Los Angeles FC. Untuk dua perlawanan tersebut, harga tiket masing-masing AS$30 (RM138) dan AS$81 (RM373) kini meningkat kepada AS$401 (RM1,850) dan AS$422 (RM1,947).

Purata harga tiket di stadium keramat Inter, Stadium DRV PNK juga dijangka meningkat sebanyak 1000%. Sejak berita perpindahan Messi diketahui ramai, purata harga dijangka melambung dari AS$152 (RM701) kepada AS$935 (RM4,314).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram