Harimau Malaya Ada Peluang Miliki 3 Pemain Warisan Berdarah Terengganu
MakanBola
PSV

Harimau Malaya berpotensi miliki 3 orang pemain warisan berdarah Terengganu pada masa hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai keberadaan tiga watak meningkat naik di Eropah ketika ini.

Ad

Dua watak yang sering menjadi sebutan penyokong ialah Robin Van Duiven dan juga Jason Van Duiven yang kini berkelana di Belanda.

Ad

Kedua-dua pemain ini beraksi bersama kelab Eridivisie, PSV Eidhoven dengan Jason kini merupakan pemain dalam skuad utama di sana.

Mereka dilaporkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi belah ibunya tatkala nenek dua pemain ini berasal dari Terengganu.

Ad

Kedua-dua pemain ini mampu beraksi pada mana-mana posisi serangan pasukan sama ada penyerang atau pemain sayap.

Ad

Seorang lagi pemain yang dicanang berdarah Terengganu ialah Diego Van Oorschot yang baru berusia 19 tahun.

Ad

Pemain Heracles Almelo di Eridivisie ini juga merupakan tonggak versatil yang boleh beraksi pada beberapa posisi serangan.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai status tiga pemain ini namun bakal menjadi tunjang penting sekiranya memperkuat Harimau Malaya.

Sebelum ini, laman Frfuturetalents telah mengesahkan bahawa tonggak Arsenal, Emile Smith-Rowe dan juga Dewsbury-Hall (Chelsea) memiliki pertalian darah dengan Malaysia.