Ads
Harimau Malaya
Chelsea FC

Salah sebuah Portal di UK mengesahkan bahawa pemain baharu Chelsea, Kiernan Dewsbury-Hall layak mewakili Harimau Malaya.

Advertisements

Perkara ini dicatatkan oleh sebuah laman terkemuka Eropah iaitu The Chelsea Chronicle mengenai peluang untuk melihat pemain berusia 25 tahun itu menyarung jersi Malaysia.

Advertisements

Beliau baru sahaja melengkapkan perpindahan ke Stamford Bridge untuk mengikut jejak langkah Ketua Jurulatih, Enzo Maresca dari Leicester City.

Advertisements
Advertisements

Tonggak kelahiran Nottingham, England itu merupakan seorang pemain tengah versatil yang boleh memainkan peranan sebagai pemain tengah bertahan dan juga tengah menyerang.

Portal tersebut mengesahkan bahawa Dewsbury-Hall memiliki pertalian darah dengan Malaysia sekaligus membolehkannya beraksi buat Harimau Malaya.

Advertisements

“Ibu bapa Dewsbury-Hall ialah Terry Hall dan Vanessa Dewsbury. Beliau (Dewsbury-Hall) juga mempunyai akar umbi di Malaysia malah layak bermain untuk pasukan kebangsaan mereka,” ujar laman tersebut.

Beliau telah menjaringkan 12 gol dan 14 bantuan gol dalam 44 perlawanan pada musim lalu.

Copy of Untitled Design 9 Portal UK Sahkan Dewsbury-Hall Layak Wakili Harimau Malaya
Advertisements

Dewsbury-Hall kini dinilai pada tanda harga 30 Juta Euro bersamaan RM152 Juta sekaligus bakal menjadi pemain termahal Malaysia yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram