Advertising
Harimau Malaya Bakal Dapat Pemain Naturalisasi Kelahiran Jepun?
MakanBola
Kuching City FC

Malaysia berpotensi untuk memiliki seorang lagi pemain naturalisasi baharu menjelang tahun 2025 untuk membantu perjalanan Harimau Malaya.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini sedang melakukan persiapan rapi untuk melangkah ke Piala Asia yang dijadualkan berlangsung pada bulan Januari.

Senarai 26 orang pemain yang dibawa oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu menyaksikan empat pemain naturalisasi negara iaitu Romel Morales, Paulo Josue, Endrick dan juga Mo Sumareh.

Ad

Namun begitu, Malaysia berpotensi untuk meraih seorang lagi bakat naturalisasi tidak lama lagi selepas pemain Kuching City, Yuki Tanigawa kini hanya berbaki 366 hari sebelum layak dinaturalisasikan.

Ad

Menerusi perkhabaran yang dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 26 tahun ini baru sahaja melanjutkan kontrak bersama pasukan bimbingan Aidil Sharin sehingga 2025.

Ad
Ad

“Dapat kahwin, dapat kontrak. Yuki Tanigawa yang tamatkan zaman bujang dengan wanita Sarawak, dilanjutkan kontrak 2 tahun sehingga 2025. Disahkan oleh kelab hari ini,” ujarnya.

Ad

Bekas pemain Kelantan United ini sudah memasuki tahun ke-4 di Liga Malaysia sejak kali pertama beraksi di Malaysia pada tahun 2020.

Tanigawa yang pernah beraksi di Liga Jepun bersama Kyoto Sangyo juga telah beraksi hampir 26 perlawanan musim ini dan menjaringkan gol.