Harimau Malaya Jadikan Jordan Dan Uzbekistan Medan Ujian
Dunia
Instagram: @famalaysia
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 19 Sept – Skuad Harimau Malaya bakal berdepan Jordan dan Uzbekistan dalam siri perlawanan persahabatan di Amman, Jordan yang dijadualkan berlangsung pada jadual bola sepak antarabangsa FIFA Oktober ini.

Sebelum ini, pihak FAM tidak dapat meneruskan pelan asal untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada bulan September susulan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Oleh yang demikian, FAM memberi kebenaran buat MFL untuk menghabiskan baki saingan liga dan juga saingan Piala Malaysia.

Bukan itu sahaja, ini juga bakal memberi peluang buat barisan kejurulatihan Harimau Malaya untuk memilih kesebelasan terbaik berdasarkan persembahan para pemain dalam liga musim ini.

Advertisements

Terbaru, jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe telah memaklumkan bahawa beliau ada menilai beberapa muka baharu untuk disenaraikan setelah beberapa pemain telah menunjukkan peningkatan yang mendadak.

Ia juga dilihat sebagai keputusan yang tepat untuk bertemu Jordan yang berada di tangga ke-93 dunia ketika ini untuk menguji kemampuan skuad selepas mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia yang kurang memberangsangkan.

Uzbekistan juga bakal menjadi medan ujian terbaik sungguhpun ketika ini ranking mereka berada di tangga ke-83, menurun sedikit berbanding ranking sebelumnya.

Advertisements

Ini dilihat sebagai satu keputusan yang baik untuk bertemu dengan lawan yang berada di tangga 100 terbaik di dunia selain dapat melihat kemampuan sebenar Harimau Malaya.

Dengan kehadiran tonik baharu seperti Dion Cools yang berkelana di Eropah selain nama-nama seperti Luqman Hakim, Annil dan beberapa muka yang melebarkan sayap di luar dilihat mampu untuk memantapkan lagi barisan negara ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram