Harimau Malaya menghadapi tentangan kelab ke-1136 dunia bagi aksi persahabatan bulan Oktober 2024.
Skuad kendalian Pau Marti masih segar dengan kejayaan menjulang Pestabola Merdeka apabila menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0.
Perjalanan pasukan kebangsaan diteruskan apabila bakal menentang pasukan ke-95 dunia, New Zealand di Auckland pada 14 Oktober 2024.
Malaysia kini menghuni tangga ke-132 dunia berdepan kekangan untuk mencari satu lagi lawan bagi aksi persahabatan Tier 1 telah mendapatkan pasukan di sana untuk beraksi.
Menerusi beberapa laporan, Harimau Malaya akan berdepan cabaran Auckland FC pada 10 Oktober sebagai perlawanan ujian buat pemain negara.
Kelab tersebut menghuni tangga ke-1136 dunia ketika ini bakal menguji kekuatan sebenar Harimau Malaya sebelum menghadapi New Zealand yang dibarisi beberapa muka hebat seperti Chris Wood, Tommy Smith, Liberato Cacace dan juga Marko Stamenic.
Skuad kebangsaan pula mempertaruhkan muka baharu seperti Haziq Aiman, Haykal Danish dan juga Azim Al-Amin bersama 23 pemain berpengalaman di gelanggang lawan kali ini.
Pungutan mata penting buat Malaysia dalam misi mencabar kedudukan Balang 1 bagi undian Kelayakan Piala Asia, Disember ini.