Penyerang baharu Penang, Haqimi Azim dipanggil untuk menggantikan tempat Richard Chin dalam kem Harimau Malaya.
Pekhabaran ini dimaklumkan oleh pihak Malaysia National Team dalam satu kenyataan yang memaklumkan bahawa Haqimi Azim bakal menyertai kem latihan di Kuala Lumpur sebelum terbang ke Myanmar untuk aksi pembukaan Asean Hyundai Cup 2026 selepas Richard tidak dapat bersama Harimau Malaya atas sebab tertentu.
“Kemaskini skuad terkini Haqimi Azim Rosli dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan menggantikan Richard Chin.”
“Richard tidak dapat bersama pasukan atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Selamat kembali ke kem, Haqimi Azim,” kata Malaysia NT dalam satu kenyataan di laman media sosial.
Kali terakhir Haqimi Azim beraksi buat Harimau Malaya adalah ketika aksi Piala AFF bertemu Singapura pada 2024 yang menyaksikan Malaysia di bawah kendalian jurulatih sementara, Pau Marti seri 0-0.
Haqimi Azim & Malaysia bakal membuka kempen Asean Hyundai Cup 2026 dengan menentang Myanmar pada 25 Julai ini di Stadium Thuwunna, Yangon.