Harimau Nusa Unggul Juarai Piala MakanBola B-12
Komuniti
Azreen / SiniJa
Advertisements

Dalam sebuah kejohanan anjuran T-Curl G-League yang berlangsung di Padang Jalan Mangga 12, Taman Kota Masai, 7 pasukan bertanding dalam sebuah karnival bolasepak bawah 12 tahun. Antara pasukan yang bertanding adalah HNFC A, PG CITY BOYS, IEDT A, SKDZSA FC, KMFC MERAH, SHARK UNITED A, dan KMFC Passionate.

Mereka bermain dalam pertandingan berdurasi 14 minit masa penuh dengan 7 pemain bermain dan 3 simpanan. Kesemua pasukan akan bermain sebanyak 6 perlawanan dan berdasarkan carta kedudukan pasukan di perlawana terakhir akan menentukan status pemenang.

Menariknya meskipun ianya sebuah pertandingan melibatkan 7 pasukan, kesemua pasukan bertanding mendapat hadiah piala, medal dan sijil penyertaan sebagai meraikan semangat perjuangan pemain-pemain ini.

Advertisements

HNFC menjadi juara dengan mengutip 14 mata apabila mencatatkan 4 kemenangan, 2 seri dan tidak merekodkan sebarang kekalahan. Mereka berjaya menghasilkan 6 gol dan hanya dibolosi sekali sahaja. Kejohanan ini juga boleh ditonton di halaman Facebook Sinija yang menyiarkan kesemua perlawanan Piala Makan Bola ini

Pasukan ini memang banyak memenangi kejohanan di dalam negeri Johor dan menariknya juga adalah pemegang Gangsa, Piagam Suparimau. Selain itu kelab ini berpusat di Sekolah Kebangsaan Nusa Damai. Mereka juga telah menghasilkan pemain yang menyertai akademi JDT bawah 12 tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram