Bek tengah Sabah FC, Haris Stamboulidis berharap dapat kembali mewakili pasukan itu.
Sebelum ini, bek tengah berusia 28 tahun itu terpaksa melupakan baki kempen Liga Super musim 2024/25 akibat kecederaan patah tulang rahang.
Kecederaan itu dialami apabila beliau berlanggar dengan Saddil Ramdani dalam sesi latihan pasukan Sang Badak.
Situasi ini menyebabkan pasukan itu tempang tanpa tiga tonggak import. Selain Stamboulidis, Sabah turut kehilangan khidmat penyerang, Joao Pedro dan pemain pertahanan, Gabriel Peres.
Pedro memilih menerima tawaran perpindahan pinjaman Ho Chi Minh City FC (HCMC FC). Peres pula terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan serius.
Meskipun kini menjalani proses pemilihan, Stamboulidis berazam untuk kembali pulih dan menyertai semula Sabah.
“Syukur kepada Tuhan kerana melindungi saya. Tuhan rahmatilah keluarga saya, rakan-rakan dan doktor-doktor yang menyokong saya sepanajng tempoh ini!
“Buat semua penyokong Sabah, saya harap dapat kembali dan membuatkan anda semua bangga,” katanya di Instagram.
Sebaik hantaran itu dimuat naik, ramai rakan sepasukan beliau mendoakan Stamboulidis cepat sembuh.
Antara yang berbuat demikian ialah Peres, Stuart Wilkin, Daniel Ting, Harith Naem Jaineh dan Damien Lim.