Harry Maguire Jadi ‘Pemujuk’ Di Man United
Eropah
Manchester United
Advertisements

Pemain pertahanan termahal England, Harry Maguire semakin mendapat tempat di dalam skuad Manchester United kendalian Erik Ten Hag sejak kebelakangan ini.

Selain berjaya merebut tempat dalam kesebelasan utama Man United, Maguire kini difahamkan mempunyai tugas baharu di kelab gergasi England itu.

Difahamkan Harry Maguire kini menjadi orang tengah di antara pemain sayap lincah, Jadon Sancho dan Erik Ten Hag yang mempunyai hubungan dingin sejak beberapa bulan yang lalu.

Advertisements

Dalam satu ciapan yang dikongsikan TransferNewsLive di laman X, Maguire telah memainkan peranan yang penting dalam cuba meyakinkan dan memujuk Jadon Sancho untuk meminta maaf kepada Erik ten Hag.

Untuk rekod, Sancho telah dibuang daripada skuad utama berikutan perselisihan fahamnya dengan Ten Hag. Perselisihan faham terjadi selepas nama Sancho diketepikan daripada pasukan untuk perlawanan menentang Arsenal pada awal September.

Pemain berusia 23 tahun itu setakat ini enggan meminta maaf dan tiada tempoh masa bilakah Sancho akan kembali menyertai skuad utama semula.

Advertisements

Selain Maguire, terdapat dua lagi pemain yang cuba meleraikan persengketaan di antara Sancho dan Ten Hag iaitu Marcus Rashford dan Luke Shaw.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram