Southgate Percaya Harry Maguire Kunci England Julang Piala Dunia
Dunia
Getty Images
Advertisements

Pertahanan kebangsaan England, Harry Maguire mendapat pujian yang melambung tinggi oleh jurulatih pasukan, Gareth Southgate berkenaan impaknya bersama England.

Jurulatih berusia 44 tahun itu dikesan kekal memberi kepercayaan kepada kapten Manchester United ini untuk terus mengemudi benteng pertahanan pasukan.

Kata Southgate, pemain berusia 29 tahun ini masih memiliki sentuhan terbaik untuk berada dalam kesebelasan utama sungguhpun kini kehilangan tempat bersama kelabnya.

Advertisements

Kehadiran Maguire seringkali dipersoal sungguhpun wataknya memainkan peranan yang cukup penting ketika membawa England ke separuh akhir Piala Dunia dan juga pentas akhir Euro sebelum ini.

“Kenapa kami membawanya?”

“Kerana beliau (Maguire) seorang pemain yang memberi peluang yang terbaik untuk menang (di Piala Dunia),” jelasnya.

Advertisements

England terpaksa menanggung malu yang teramat apabila ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Euro Nations League baru-baru ini tatkala kealpaan Maguire menyebabkan pasukan terpaksa berpuas hati untuk seri dengan Jerman.

Menjelang pentas Piala Dunia hujung tahun ini, nasib England kelihatan masih kabur  sungguhpun diperkuat dengan kehadiran pemain bintang dalam pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram