Harry Maguire : Tulang Rusuk Ayah Saya Cedera
Eropah
Harry Maguire Dad
Advertisements

Pertahanan England Harry Maguire memaklumkan ayahnya mengalami kecederaan selepas terperangkap dalam keadaan kelam kabut bersama penyokong England semasa perlawanan akhir EURO 2020 di Wembley, London.

Mara ke perlawanan akhir menyebabkan rakyat England menjadi huru-hara kerana bukan semuanya memperoleh tiket.

Bercakap kepada The Sun, Maguire menjelaskan ayahnya terkesan dengan keadaan kelam kabut ini.

Advertisements

“Ya, saya fikir dia terjerumus dalam keadaan huru-hara ini,” jelas Maguire.

“Saya fikir dia mengalami beberapa kecederaan dan saya percaya ianya kecederaan tulang rusuk.”

“Tetapi seperti yang saya katakan, ianya menakutkan. Saya bercakap dengannya dan dia dalam keadaan ketakutan. Saya tidak mahu sesiapapun mengalami pengalaman mengerikan ini ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.”

Advertisements

“Ianya menakutkan dan menyedihkan dan saya harap ianya tidak berulang kembali.”

FA England kini berhadapan hukuman kerana kekacauan ini di samping itu mereka sebelum ini dikenakan empat tuduhan oleh UEFA untuk insiden yang berasingan termasuk kemasukan penonton ke padang dan beberapa penonton mengejek lagu kebangsaan Itali.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram