Hasrat TFC Tercapai, Manuel Ott ‘Alih Angin’ Ke Terengganu
Transfer
MUFC
Advertisements

Pemain tengah kebangsaan Filipina, Manuel Ott sah akan memperkuat jentera tengah skuad Terengganu FC bagi melangkah ke saingan Liga Malaysia 2022 musim ini.

Pemain kacukan Jerman-Filipina itu telah menampilkan aksi yang cemerlang dengan skuad Hang Tuah dan bakal mengisi kuota pemain ASEAN musim ini selepas rakan senegaranya Carli De Murga dilepaskan skuad itu.

Ab Rasid juga menyatakan bekas pemain Melaka United musim lalu telah menandatangani kontrak selama setahun bersama TFC dan beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain tengah ini kerana potensi yang dilihat akan memberi kesan yang baik buat pasukan.

Advertisements

“Kehadiran Ott menjadi pelengkap pemain import skuad TFC bagi musim 2022 setelah dia bersetuju untuk menandatangani kontrak selama semusim,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh.

“Kita harapkan pemain yang menjadi tonggak tengah skuad Hang Tuah musim lalu sehingga berjaya membawa pasukan itu mara ke pentas separuh akhir Piala Malaysia 2021 mampu memberi impak positif buat pasukan,” ujarnya.

“Pemain tengah itu bakal mengisi kuota pemain ASEAN dan akan memakai jersi nombor 8 musim ini,” kata Ab Rasid.

Advertisements

Pemain yang berusia 29 tahun ini menjelaskan bahawa beliau akan mencari keserasian bersama pasukan untuk menjamin misi dan objektif TFC akan terlaksana.

“Saya akan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan secepat mungkin bersama pasukan bagi memastikan misi dan sasaran pasukan tercapai,” kata Manuel Ott.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram