Hassan Sazali Bocor Rahsia Ramuan Terbaik Tewaskan Vietnam
Dunia
AFF
Advertisements

Tiada siapa yang meletakkan harapan tinggi buat pasukan bawah 19 tahun (B-19) negara kendalian Hassan Sazali Waras dalam saingan Piala AFF B-19 di Indonesia. Tambahan pula aksi terakhir kumpulan B, mereka tewas mengejut kepada Laos 0-1.

Namun segalanya tidak mustahil buat anak-anak muda Malaysia selepas mereka berjaya membelasah Vietnam 3-0 dalam aksi separuh akhir semalam. Jurulatih skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras jelas sekali memuji para pemainnya yang berjaya mengikut arahan yang beliau tetapkan.

“Saya harus mengucapkan tahniah kepada para pemain, kakitangan kejurulatihan dan pengurusan atas kemenangan ini. Setiap pemain bermain mengikut arahan yang ditetapkan untuk mencapai kemenangan selesa (menewaskan Vietnam),” kata Hassan kepada NST.

Advertisements

Dalam pada itu, Hassan turut berkongsi ramuan terbaik yang digunapakai untuk menewaskan pasukan Vietnam yang merupakan pasukan pilihan dalam kejohanan ini.

“Kami tahu Vietnam kuat, jadi kami bertahan dan bergantung kepada serangan balas untuk mendapatkan gol.

“Pemain saya tidak melakukan kesilapan besar pada hari ini (perlawanan menentang Vietnam) kerana kami (barisan kejurulatihan) telah menunjukkan kepada mereka apa yang perlu dilakukan melalui sesi video perlawanan sebelumnya.” jelas Hassan lagi.

Advertisements

Malaysia akan berdepan Laos pada 15 Julai (esok) dalam aksi final Piala AFF B-19. Laos layak ke final selepas mengejutkan Thailand 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram