Hassan Sazali: Hanya Yang Benar-benar Layak Sahaja Akan Diturunkan Di Separuh Akhir
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Selepas melihat kekalahan mengejut kepada Laos dalam aksi terakhir kumpulan, ternyata sesuatu perlu dilakukan oleh skuad bawah 19 (B-19) tahun negara kendalian Hassan Sazali Waras.

Bakal bertemu dengan Vietnam dalam aksi separuh akhir pada 15 Julai ini, Hassan melihat para pemain negara perlu mendapatkan kecergasan yang optimum sebelum turun menentang gergasi Asia Tenggara itu.

“Saya sendiri pun tak tahu siapa yang akan diturunkan nanti…namun yang pasti kita akan berikan peluang kepada mereka yang benar-benar layak untuk beraksi.

Advertisements

“Oleh itu, tempoh pemulihan (recovery), selama sehari perlu dimanfaatkan oleh pemain bagi memastikan kecergasan diri berada pada tahap yang optimum menjelang aksi separuh akhir nanti,” katanya kepada Sukan Sinar.

Dalam masa yang sama, Hassan menyifatkan Vietnam bukan pasukan yang calang-calang. Persediaan rapi perlu diatur agar tidak menjadi mangsa dalam aksi separuh akhir kelak.

“Bagi saya Vietnam ni merupakan antara pasukan yang kuat, oleh itu kita telah buat persediaan rapi untuk berdepan mereka.

Advertisements

“Diharapkan persiapan kita kali ini dapat membentuk keserasian yang lebih dalam kalangan pemain bagi menjamin kejayaan pasukan,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram