Hassan Sazali: Indonesia Lebih Hebat Berbanding Malaysia
Dunia
AFF
Advertisements

Ketua jurulatih B19 tahun kebangsaan, Hassan Sazali Waras mengakui pasukan bawah 19 tahun Indonesia sebenarnya lebih hebat berbanding pasukan Malaysia. 

Pengendali berusia 56 tahun itu beranggapan persiapan rapi yang dilakukan timnas Indonesia sedikit sebanyak telah memberikan kelebihan tambahan buat pasukan mereka.

“Skuad Indonesia B19 memiliki persiapan yang rapi. Kalau saya bandingkan dengan persiapan pasukan kami, saya rasa Indonesia lebih unggul kerana telah menjelajah hingga ke Eropah,” kata Hassan Sazali.

Advertisements

Hassan Sazali juga mengharapkan akan ada perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Indonesia kelak.

“Sebelum beraksi di pentas Kelayakan Piala AFC U20 2023, tak salah jika kita dapat mengatur perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Indonesia.”

Beliau dalam pada itu turut menganggap pendedahan pasukan sehingga ke eropah merupakan satu perkara yang baik untuk para pelapis masa depan negara. 

Advertisements

“Saya rasa ada banyak perkara positif yang boleh dipelajari oleh pasukan Malaysia,” ujar Hassan Sazali seperti yang dipetik daripada Bola.Com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram