Advertising
Heberty Puji Disiplin Tinggi Bergson Di JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Perancang berpengalaman pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes memuji disiplin yang ditunjukkan oleh rakan sepasukan, Bergson Da Silva bersama pasukan.

Pemain berusia 35 tahun itu tiba di JDT pada jendela perpindahan kedua musim lalu dan memberi impak segera bersama pasukan.

Beliau menjadi watak penting di bawah kendalian Tano Solari untuk menggantikan peranan Leandro Velazquez.

Ad

Menerusi satu temu bual ‘kenali rakan sepasukan’ oleh Johor Southern Tigers, Heberty merungkai sisi unik Bergson di JDT.

Ad

Beliau menganggap bahawa rakan senegaranya itu merupakan antara pemain yang amat berdisiplin dan sentiasa tiba awal pada sesi latihan.

“Beliau memang bagus,” ujar Bergson melihat jawapan Heberty.

Ad
Ad

Bergson juga memberitahu bahawa beliau keseorangan di Malaysia dan memilih untuk datang awal ke sesi latihan.

Ad

“Dia (Heberty) mempunyai dua anak di sini. Ada banyak temu janji dan perkara yang perlu diuruskan di rumah. Saya keseorangan, sangat bosan.”

Pemain yang sudah menyertai skuad Harimau Selatan pada tahun 2021 itu telah membantu pasukan menerusi catatan 100 jaringannya musim ini selain mengekalkan 4 trofi kejuaraan domestik yang dimenangi tahun lalu.

Heberty pula mencatat 6 jaringan dalam 8 perlawanan Liga Super dengan aksinya di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) mencuri tumpuan.