Advertisements
Bergson Jaringkan Gol Ke-100 Bersama JDT
Piala Malaysia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva telah menjaringkan gol ke-100 bersama pasukan ketika berdepan Negeri Sembilan.

Pemain berusia 32 tahun itu tiba di Johor kira-kira dua musim lalu dan terus membuktikan kredibiliti beliau di hadapan gawang.

Beliau beraksi dalam kesebelasan utama bagi aksi timbal balik Piala Malaysia berdepan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim.

Bergson tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol apabila menolak masuk hantaran daripada rakan sepasukan untuk gol pertama pasukan pada minit ke-6.

Gol awal itu telah mengesahkan jaringan ke-100 beliau bersama Harimau Selatan sejak tiba bersama pasukan pada musim 2021.

Peledak utama JDT ini menjaringkan satu lagi gol untuk meletakkan pasukan pada kedudukan yang cukup selesa.

JDT berkelebihan 5-0 secara agregat setelah 20 minit beraksi di laman sendiri sekaligus memiliki pwluang yang cerah untuk ke separuh akhir.

Pada musim ini, beliau sudah menjaringkan 8 gol dan tiga bantuan gol dalam saingan Piala Malaysia 2023 sementara meledak 15 gol dalam Liga Super.