Advertising
Hector Bidoglio Gembira Dengan Impak Dua Bintang JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio gembira dengan impak yang diberikan oleh dua bintang JDT iaitu Bergson da Silva dan juga Arif Aiman pada aksi Liga Super bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Jumaat.

Bidoglio melihat biarpun Bergson menjaringkan hatrik dalam perlawanan tersebut, namun Bergson membuktikan bahawa beliau beraksi secara berpasukan.

Ad

Selain itu, Bidoglio turut memuji impak yang dipamerkan oleh Arif Aiman yang bermain dengan sangat baik dengan kawalan bola serta hantarannya yang acap kali tepat kepada rakan sepasukan.

Ad

“Saya amat gembira bila Bergson menjaringkan gol. Tetapi pada pendapat saya, Bergson bermain sebagai satu pasukan dan banyak membantu bila menekan lawan.

“Dan Arif (Aiman Hanapi) turut menunjukkan prestasi bagus seperti Bergson. Apabila kita memberi tekanan tinggi, kedua-duanya bermain dengan bagus sebagai satu pasukan. Dan saya amat gembira dengan persembahan semua pemain pasukan.

Ad

“Bagi saya, Arif Aiman bermain dengan begitu bagus. Saya suka bila Arif mengawal bola. Setiap hantarannya sentiasa mendapat pemain yang tepat. Jadi, sudah tentu semua pemain perlu jadi lebih bagus dari satu perlawanan ke satu perlawanan setiap hari.

Ad

“Tapi saya gembira dengan semua pemain dalam skuad (JDT), bukan setakat kesebelasan utama dan pemain simpanan tetapi seluruh pasukan,” ujar Bidoglio dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

Ad

Pada aksi bertemu Kedah, Bergson meledak hatrik manakala tiga lagi jaringan JDT dihasilkan oleh Feroz Baharudin, Murilo Henrique dan Afiq Fazail sekali gus memberikan kemenangan mutlak 6-0 buat JDT.

JDT kini gah di tangga teratas Liga Super dengan mengutip 22 mata selepas 8 perlawanan. Kemenangan ke atas Kedah itu bermakna mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dan hanya seri satu kali sahaja ketika bertemu PDRM FC pada perlawanan ketujuh liga.