Advertising
Hector Bidoglio: JDT Miliki Banyak Peluang Tetapi Inilah Bola Sepak
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio akur setelah tewas kepada Shandong Taishan dalam aksi AFC Champions League Elite (ACLE) meskipun memiliki banyak peluang.

Dalam perlawanan tersebut, JDT terpaksa akur kecundang di tangan kelab China itu hasil gol tunggal oleh Zeca meskipun Harimau Selatan menguasai sebahagian besar aksi tersebut.

Ad

Kekalahan di Pusat Sukan Olimpik Jinan itu menyaksikan JDT kini berada di tangga ke-5 carta ACLE Wilayah Timur dengan 7 mata hasil 2 kemenangan, 1 keputusan seri dan 2 tewas.

Ad

Menurut Bidoglio, pasukannya bermain dengan cukup baik dan menguasai aksi namun terpaksa akur deretan peluang yang disiakan menyebabkan JDT kempunan meraih 3 mata.

”Pada pandangan saya, JDT bermain dengan baik dan miliki beberapa peluang yang terhidang, tetapi inilah bola sepak,” ujar Bidoglio ketika sesi sidang media.

Ad

“Hari ini (semalam) JDT mempamerkan persembahan bola sepak dengan menguasai permainan, mengubah gerakan dari sisi berbeza.”

Ad

Tambah Bidoglio lagi, prestasi anak-anak buah beliau tetap membanggakan meski terpaksa menelan kepahitan tumpas dengan keputusan tipis 1-0 kepada tuan rumah, Shandong Taishan.

Ad

“Walau bagaimanapun saya tidak gembira dengan sebaliknya (keputusan), tetapi berpuas hati dengan persembahan (para pemain JDT).”

JDT bakal kembali ke tanah air untuk menghadapi aksi Piala Malaysia pada Sabtu berdepan KL Rovers sebelum melayani kunjungan jaguh Thailand, Buriram United pada 3 Disember.