Hein Htut Aung Menyerlah, Bakal Lanjutkan Kontrak Dengan Selangor FC
Dunia
Instagram: @selangorfc
Advertisements

Pemain kelahiran Myanmar, Hein Htet Aung yang diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan Selangor FC ketika menentang Kedah FC pada aksi liga super semalam berjaya membantu skuad gergasi merah itu meraih tiga mata penuh di tempat lawan.

Htut Aung mula mendapatkan kepercayaan Karsten Neitzel bagi mengisi posisi tengah Selangor FC apabila beliau menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini. 

Ketiadaan pemain utama Selangor FC seperti Aliff Haiqal, Brendan Gan dan Halim Saari telah membuka ruang kepada pemain ini beraksi dalam kesebelasan utama. Beliau dilihat menggalas tugas dengan baik untuk mengemudi jentera tengah dalam perlawanan semalam.

Advertisements

Hein telah membantu pasukannya mencatatkan keputusan positif ketika pasukan Selangor FC menang selesa 4-2 keatas Kedah FC. Persembahan terbaik dipamerkannya malam semalam lengkap bergaya dengan berjaya memberi dua bantuan gol.

Pemain berusia 19 tahun ini kelihatan cukup selesa mengawal jentera tengah dan sayap pasukan Selangor FC. Gandingan hebat beliau bersama Manuel Konrad dan Oliver Buff telah memacu gerakan dan serangan Selangor FC untuk merobek kubu pertahanan Kedah dengan baik. 

Beliau mencorakkan serangan pasukan Merah Kuning melalui kepintaran dan ketenangan apabila melakukan hantaran-hantaran lintang kepada rakan sepasukannya. Kualiti yang dimiliki oleh pemain pasukan kebangsaan Myanmar ini terbukti apabila membantu Ahmad Danial Asri menambah jaringan kedua pasukan Selangor FC pada minit ke-30 permainan.

Advertisements

Hein menambah duka pasukan tuan rumah apabila gelecekannya berjaya memperdaya dua orang pertahanan Kedah FC. Hantaran leretnya sekaligus disumbat masuk penyerang sensasi Selangor, Ifedayo pada minit ke-74 permainan.

Pemain ini dilihat menjadi ‘playmaker’ yang baik apabila setiap kali melakukan hantaran-hantaran tepat. Malah, Hein sentiasa meletakkan dirinya pada posisi terbaik untuk menerima bola dan memberi bantuan kepada pemain lain.

Hein memperagakan aksi dan prestasi mantapnya bersama pasukan selain kelibat pemain muda Selangor FC lain yang turut mencuri tumpuan seperti Sikh Izhan, Shahrul Nazeem, Jordan Ayimbila, Nik Sharif dan Danial Asri.

Advertisements

Menurut penulis TheStar, ejen Hein Htet Aung memaklumkan bahawa pemain ini akan melanjutkan kontraknya bersama Selangor FC. Hein akan menjadi aset muda buat Karsten Neitzel dalam perancangan terbaik buat pasukan Selangor FC di masa akan datang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram