Hero Piala Dunia Jepun Rungkai Kisah Korbankan Bola Sepak Demi Segulung Ijazah
Dunia
JFA
Advertisements

Bintang Piala Dunia Jepun, Kaoru Mitoma sebenarnya pernah menolak peluang keemasan apabila beliau ditawarkan kontrak profesional bola sepak semata-mata mahu melanjutkan pelajaran di universiti.

Pemain berusia 25 tahun itu merupakan bintang dalam pembikinan skuad matahari terbit itu apabila mereka kini berada pada landasan terbaik dalam kejohanan berprestij tersebut.

Kisah perjalanan bekas bintang Kawasaki Frontale mencuri perhatian ramai apabila beliau pernah menolak peluang untuk bersama pasukan utama Kawasaki Frontale pada tahun 2016.

Advertisements

Beliau yang berusia 18 tahun merasakan dirinya masih belum sesuai untuk menyerap tekanan selaku pemain profesional lalu memilih untuk menyambung pengajian di Universiti Tsukuba.

“Saya merasakan bahawa saya cenderung untuk ke universiti sebelum bergelar pemain bola sepak profesional kerana saya dapat belajar banyak perkara di sana.”

“Ia termasuklah tentang kejurulatih, sains sukan, pemakanan dan banyak lagi,” jelasnya.

Advertisements

Rezeki yang ternyata masih memihak kepadanya apabila aksi lincahnya ketika mewaikili jepun dalam kejohanan pada tahun 2017 dan 2019 telah membawanya untuk mengikat kontrak profesionalnya pada tahun 2020.

Mitoma kini menjadi nadi serangan skuad Samurai apabila dijangka diturunkan berdepan Crotia pada pusingan kalah mati malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram