Skuad hoki senior Malaysia berdepan cabaran hebat dalam Piala Dunia Hoki 2026.
Ini kerana anak buah Sarjit Singh berada dalam Kumpulan B atau Kumpulan Maut. Ini kerana tiga pasukan yang berada dalam kumpulan itu berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia.
Tiga pasukan itu ialah Belgium, Jerman dan Perancis. Belgium yang berstatus pasukan kedua terbaik dunia dan tuan rumah bersama merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 di Jepun.
Jerman yang menduduki ranking keenam dunia pula berstatus juara bertahan. Perancis pula memiliki ranking lebih baik daripada The Speedy Tigers dengan menduduki ranking ke-10 dunia.
Ini berdasarkan cabutan undi kumpulan yang diumumkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) baru-baru ini.
Dua pasukan gergasi Asia, India dan Pakistan berentap dalam Kumpulan D. Mereka berdepan cabaran pasukan keempat dunia, England dan Wales.
Satu lagi wakil Asia, Jepun turut berdepan cabaran hebat dalam Kumpulan A. Mereka berdepan cabaran pasukan nombor satu dunia dan tuan rumah bersama, Belanda, Argentina dan New Zealand.
Kumpulan B pula menyaksikan pasukan gergasi dunia, Australia dicabar Sepanyol, Ireland dan Afrika Selatan.
Malaysia mengesahkan kemaraan ke Piala Dunia Hoki 2026 meskipun menamatkan kempen kelayakan di tempat keempat. Ini disebabkan ranking dunia FIH skuad negara yang lebih baik.