Advertising
Hoki Piala Dunia Remaja: Australia Sekat Hajat Suku Akhir Malaysia
UltraSukan
Hokita

Hajat skuad hoki remaja Malaysia layak ke suku akhir Piala Dunia Remaja 2023 tidak kesampaian apabila dibelasah Australia 5-2 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Kedua-dua pasukan amat memerlukan kemenangan jika mahu mengiringi Argentina ke suku akhir. Malaysia amat memerlukan kemenangan selepas tewas kepada Argentina pada 6 Disember lalu.

Biarpun berdepan skuad negara yang mendapat sokongan padu penyokong, The Burras terlebih dahulu di hadapan menerusi pukulan penalti Connor Burns pada minit kedua.

Ad

Belum sempat anak-anak buah Amin Rahim bangkit mengatur serangan, gawang skuad negara bocor lagi menerusi gol padang Jake Lambeth pada minit keenam.

Ad

Australia makin selesa di hadapan menerusi satu lagi pukulan penalti yang disudahkan Cambell Geddes pada minit ke-15.

Ad
Ad

Kem negara kembali ceria apabila Harris Iskandar Osman menyumbat gol pertama The Young Tigers pada minit ke-23.

Ad

Begitupun, keceriaan itu tidak bertahan lama apabila Lambeth menyumbat gol keduanya dalam kejohanan pada minit ke-27. Keputusan 4-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Malaysia menyangka mendapat gol kedua pada minit ke-35 menerusi pukulan penalti.

Bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan selepas pengadil mengesan kesalahan yang dilakukan pemain The Young Tigers semasa mengambil pukulan penalti.

Australia semakin resah apabila Shafiq Ikhmal Daniel menyumbat gol kedua Malaysia pada minit ke-43.

Namun begitu, The Burras kembali menjarakkan kedudukan menerusi pukulan penalti Geddes dua minit selepas itu. Keputusan 5-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia perlu mengharungi aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16 Piala Dunia Remaja 2023. Mereka akan turun menentang Mesir untuk aksi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16 pada 11 Disember ini.

Sementara Australia yang mengiringi Argentina ke suku akhir bakal berdepan Perancis di pentas suku akhir pada 12 Disember ini.