Ads
UltraSukan
Hokita

Malaysia mengakhiri kempen Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di tempat ke-12 setelah tumbang di tangan New Zealand dalam aksi penentuan tempat ke-11 dan 12.

Advertisements

New Zealand yang menang dalam pertemuan terakhir bertemu Malaysia di Piala Sultan Johor bulan lalu dilihat lebih banyak mendominasi di awal permainan.

Advertisements

Hasilnya, jaringan pertama dapat dihasilkan oleh New Zealand menerusi pukulan sudut penalti Luke Aldred seawal minit keempat.

Advertisements

Advertisements

Malaysia yang tidak mudah mengalah terus merencana serangan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang Adam Ashraf dua minit kemudian.

Kecuaian benteng pertahanan skuad remaja negara terus dihukum oleh penyerang New Zealand, Sam Flints yang bijak memanfaatkan kesilapan tersebut untuk menggandakan jaringan New Zealand pada minit ke-9.

Advertisements

Suku kedua yang bersambung lewat kerana cuaca hujan digunakan oleh Amin Rahim untuk memperkemas permainan anak-anak buahnya dan Malaysia tampak lebih selesa bermain di suku kedua namun tiada jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan.

Separuh masa bermula, Malaysia terus menekan pertahanan New Zealand namun beberapa peluang terhidang gagal disempurnakan oleh pemain Malaysia dengan baik.

New Zealand juga sesekali hadir menerusi serangan pantas yang merbahaya namun penjaga gol Malaysia, Muhammad Danish Afnan cemerlang menafikan peluang pasukan lawan dan mengekalkan keputusan di suku ketiga.

Di suku terakhir, asakan bertali arus dilancarkan tanpa henti The Young Tigers akhirnya berbaloi setelah pukulan kencang Shamir Shamsul menewaskan penjaga gol, Hayden Gaylen yang terkaku di hadapan pintu gol sendiri.

Keputusan 2-2 kekal hingga siren panjang dibunyikan dan perlawanan berlanjutan ke penentuan penalti shootout.

Pada aksi penentuan penalti shootout, Malaysia dan New Zealand terikat seri 3-3 pada lima pukulan pertama namun pada pukulan sudden death, Harris Osman gagal menyempurnakan pukulannya untuk memberikan kemenangan 4-3 kepada New Zealand.

Advertisements

Tamat permainan, Malaysia terlepas peluang untuk mengakhiri kempen Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di tempat ke-11 setelah tewas kepada New Zealand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram