Advertising
Hon Jian-Haikal Nazri Tarik Diri Sertai Orleans Masters
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu lelaki Malaysia, Choong Hon Jian dan Haikal Nazri sah menarik diri daripada saingan Orleans Masters.

Sebelum ini, nama beregu lelaki ke-25 dunia itu tersenarai dalam senarai beregu yang akan bersaing dalam kejohanan berstatus Super 300 itu.

Ad

Walau bagaimanapun, berdasarkan perkongsian terkini Shuttlehard, Hon Jian-Haikal memilih untuk menarik diri daripada menyertai kejohanan itu.

Ad

Meskipun ramai peminat badminton Malaysia bimbang keputusan ini bakal menjejaskan ranking mereka, Hon Jian-Haikal dilihat tidak mahu mengambil risiko

Ini kerana Haikal sebelum ini mengalami kecederaan. Kecederaan tersebut menghalang juara Orleans Masters 2024 itu daripada menyertai beberapa kejohanan awal tahun 2025 termasuk Malaysia Open 2025.

Ad

Ini ditambah tahun 2025 menyaksikan mereka berpeluang menyertai All England Open buat kali pertama. Haikal mahu fokus kepada pemulihan terlebih dahulu agar dapat menyertai kejohanan itu nanti.

Ad

“Harapan saya sudah pasti All England (Open 2025). Saya tak pernah main di England dan tahun ini kali pertama saya cedera.

Ad

“Saya harap kecederaan saya pulih cepat dan dapat main (di atas gelanggang),” katanya kepada Nadi Arena.

Tanpa Hon Jian-Haikal, cabaran Malaysia untuk acara beregu lelaki bakal diketuai beregu nombor dua dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments