Hong Wan & Syafiq Ahmad Kekal Bermakna Buat Kim Pan-gon
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Duo pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan dan juga Syafiq Ahmad kekal bermakna dalam perancangan Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon.

Pengendali kelahiran Korea Selatan ini sudah pun mengumumkan senarai 25 orang pemain Harimau Malaya yang bakal dibawanya ke kem latihan pusat sebagai persediaan awal ke Piala Asia.

Skuad yang menjadi bayangan bagi membawa cabaran negara ke pentas berprestij Asia itu bagaimanapun berdepan respon pelbagai daripada para penyokong susulan beberapa nama yang jarang dipanggil telah mendapat tempat.

Advertisements

Antara nama pemain yang menjadi tumpuan ialah kelibat penyerang naturalisasi negara, Romel Morales selain beberapa watak lain seperti Sumareh dan Natxo Insa turut menarik perhatian.

Ketiadaan dua tonggak penting skuad kebangsaan iaitu Hong Wan dan juga Syafiq Ahmad menyebabkan para peminat tertanya-tanya.

Walau bagaimanapun, dua watak berbisa ini kekal dalam perancangan jurulatih berusia 53 tahun itu apbila berada dalam senarai bersedia Harimau Malaya.

Advertisements

Persaingan sengit pada posisi tengah menyaksikan Pan-gon memiliki kesukaran dengan kembalinya Syamer Kutty selain Stuart Wilkin, Brendan Gan dan Afiq Fazail turut merebut tempat.

Syafiq Ahmad pula berdepan saingan hebat selepas kelibat pemain seperti Darren Lok kini menjadi pilihan utama Malaysia.

Harimau Malaya juga memiliki pemain seperti Romel dan Paulo Josue yang boleh memainkan peranan selaku pemain no.9 negara.

Advertisements

Pada musim ini, Hong Wan yang baru berusia 23 tahun sudah beraksi hampir 34 perlawanan dan menjaringkan gol kemenangan ketika final Piala FA tempoh hari namun Syafiq kurang mendapat minit bermain musim ini.

Malaysia bakal mengharungi aksi persahabatan berdepan pasukan ke-91 dunia, Syria sebelum melangkah ke Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram