Identiti Pemain Import Baharu JDT Tersebar Di Chile

Esteban Pavez Identiti Pemain Import Baharu JDT Tersebar Di Chile
Foto: Goal / wikipedia
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Walaupun sehingga kini pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) masih merahsiakan identiti pemain import baharu, namun satu laman instagram bola sepak di Chile telah mendedahkan siapakah pemain yang akan membarisi skuad Harimau Selatan itu musim hadapan.

Pemain yang disebut-sebut akan menyarung jersi JDT musim hadapan ialah pemain antarabangsa Chile, Esteban Pavez yang kini beraksi buat kelab CSD Colo Colo di Chile.

Sebelum ini Pavez pernah berkelana ke benua Asia untuk beraksi bersama Al-Nasr di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekitar tahun 2019 dan 2020. Jika Pavez berhijrah ke JDT, ini bermakna itu merupakan kali kedua beliau berkelana ke Asia.

Pavez masih mempunyai kontrak sehingga penghujung musim 2023 namun beliau dikatakan mempunyai klausa perpindahan jika yang membolehkan beliau berpindah jika terdapat tawaran yang baik.

Dengan semua pasukan Liga Super dibenarkan mendaftar 9 pemain import musim hadapan, jadi tidak mustahil untuk JDT menandatangani pemain ini yang mampu beraksi di posisi tengah bertahan.

Kali terakhir Pavez menyarung jersi pasukan kebangsaan Chile adalah pada 20 November yang lalu dalam aksi persahabatan menentang Slovenia. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.