Ifedayo Anggap Rekod Dipecahnya Adalah Hasil Kerja Berpasukan
Dunia
Instagram: @selangorfc
Advertisements

Penyerang sensasi Selangor FC, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi beranggapan bahawa kejayaan beliau memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak Liga Super sepanjang musim adalah hasil kerja keras pasukan.

Ifedayo amat teruja dan menganggap sejarah yang dicipta ini merupakan satu kebanggaan buat dirinya dan pasukan. 

“Saya rasa sangat berbesar hati. Saya bersyukur kepada tuhan dan saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sepasukan.”

Advertisements

Ifedayo turut menjelaskan bahawa kejayaan ini adalah kejayaan bersama. Tanpa kerjasama ini, kejayaan ini pasti sukar dicapai.

“Tanpa mereka, pencapaian ini tak mudah untuk diraih. Mereka membantu saya dan ini adalah hasil usaha sama kami diantara pemain, jurulatih, pengurusan dan semua yang terlibat di dalam Selangor FC.”

Pemain kelahiran Nigeria ini turut menyatakan bahawa pencapaian istimewa ini khas untuk pemain dan seluruh penyokong Selangor FC.

Advertisements

“Terima kasih buat penyokong dan team Selangor FC. Pencapaian ini untuk mereka. Kami yang pecahkan rekod itu bersama, bukan saya seorang.”

Pemilik anugerah kasut emas 2020 ini akan terus beraksi dalam perlawanan terakhir menentang Pj City dalam memastikan takhta kasut emas itu dapat dikekalkan pada musim ini. Dalam perlawanan sebelum ini, Ifedayo telah menjaringkan hatrik ketika membantu Selangor FC tewaskan Sabah FC 6-0.

Ifedayo setakat ini telah berjaya menjaringkan sebanyak 25 gol dalam Liga Super 2021. Ini sekaligus menjadikan beliau sebagai pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang musim dalam saingan Liga Super Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram