Penyerang baharu Melaka United, Ifedayo Olusegun bakal membuat penampilan pertamanya dalam perlawanan menentang pasukan PJ City FC bagi saingan Liga Super malam ini.
Terdahulu, Ifedayo merupakan penjaring terbanyak liga super 2021 dengan mengumpul 26 gol bersama bekas pasukannya Selangor FC musim lalu.
Untuk rekod, pemain berusia 31 tahun ini berjaya menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan menentang pasukan PJ City pada saingan Liga Super musim lalu.
Ini adalah peluang buat penyerang kelahiran Nigeria ini untuk membuka akaun jaringan bersama Melaka United memandangkan PJ City merupakan pasukan yang sentiasa menjadi mangsa beliau.
Adakah Ifedayo bakal sekali lagi mencatat rekod yang sama seperti musim lalu?
Jurulatih Melaka United, Risto Vidakovic pastinya menagih sentuhan penyudah yang berbisa oleh Ifedayo kerana rekod cemerlangnya yang tidak mengecewakan pada musim lalu.
The Phoenix yang dibarisi pemain pemain lokal semestinya akan lebih berwaspada dengan ancaman pasukan Melaka United yang dibarisan pemain import terbaik seperti Sony Norde, Justin Baas dan Emmanuek Oti.
Pasukan Melaka United bakal bertandang di Stadium MBPJ pada malam ini pada pukul 9 malam.