Ifedayo Olusegun Tak Berhenti Meledak
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Sejak menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Super, Ifedayo Olusegun tetap berbisa di hadapan gol.

Ini dapat dilihat berdasarkan statistik permainan beliau selepas tiga perlawanan. Ifedayo bukan saja menjaringkan empat gol daripada semua perlawanan yang dinyatakan.

Malah, beliau juga berjaya melengkapkan 90 minit permainan termasuk perlawanan terbaru menentang Kuching City FC semalam.

Advertisements

Menariknya, perkara ini dapat dicapai lebih-lebih lagi bila diberi peranan bebas di bahagian hadapan oleh jurulatih Sang Kenari, Nafuzi Zain.

Begitupun, bekas penyerang Selangor FC, Azman Adnan melihat bilangan gol penjaring terbanyak Liga Super 2020 dan 2021 itu boleh ditambah musim ini.

Advertisements

Syaratnya ialah Ifedayo perlu beraksi sebagai penyerang tengah atau pemain tengah menyerang. Ini kerana kelebihan penyerang Nigeria itu beraksi di pelbagai posisi menjadikannya ancaman besar kepada pertahanan lawan.

“Dia bukannya boleh defending saja, saya rasa dia boleh bermain (nombor) 9 atau 10. Pada pandangan sayalah, (ini) kerana kualiti (yang dimilikinya),” katanya semasa menjadi panel perlawanan KDA FC-Kuching City FC semalam.

Advertisements

Bisa bekas penyerang Merah Kuning itu dijangka ditagih Sang Kenari apabila mereka bertemu Perak FC dalam saingan Piala Malaysia 2023 pada 3 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram