fbpx

Ifedayo Pahat Nama Sebagai Pemilik Kasut Emas Liga Super 2021

Instagram: @selangorfc

Trending Hari Ini

Sorry. No data so far.

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

MakanBola.com, Petaling Jaya, 12 Sept – Persaingan dalam merebut kasut emas Liga Super 2021 di antara Bergson Da Silva dan Ifedayo Olesugon dilihat rancak serta dramatik apabila sebelum ini mereka saling bertukar tempat sebagai pendahulu carta penjaring terbanyak.

Persaingan antara kedua-dua pemain prolifik ini merupakan pentas perebutan terhangat sepanjang saingan Liga Super di Malaysia. Dalam perlawanan terakhir malam tadi, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi secara sah menempa nama sebagai penjaring terbanyak bagi saingan Liga Super 2021.

Penyerang sensasi Selangor FC ini juga dapat mengekalkan takhta kasut emas yang dirangkulnya pada musim lepas. Pada musim 2020, Ifedayo berjaya meledak sebanyak 12 jaringan. Tahun ini beliau berjaya menggandakan jumlah jaringannya itu sekaligus mempertahankan kasut emas miliknya dua tahun berturut-turut.

Sebagai rekod, Ifedayo turut berjaya memecahkan rekod yang pernah dipegang penjaring gol terbanyak sepanjang musim sebelum ini, Muhammad Ghaddar dengan 23 gol pada 2017. Walau bagaimanapun, Ifedayo menganggap kejayaan beliau memecahkan rekod sebagai penjaring terbanyak Liga Super sepanjang musim ini bukanlah hasil kerja individu malah ia merupakan kerja keras pasukan.

Pemain berusia 30 tahun itu berjaya menjaringkan 1 gol dalam perlawanan bertemu Pj City FC di Stadium MBPJ malam tadi. Dalam perlawanan minggu lepas, Ifedayo berjaya meledak hatrik buat Selangor FC ketika menentang Sabah FC.

Ifedayo akhirnya menamatkan saingan Liga Super 2021 dengan menjaringkan sebanyak 26 gol secara keseluruhannya sambil diikuti oleh Bergson Da Silva di tangga kedua dengan 23 gol. Tahniah buat kedua-dua pemain.

© MakanBola Media – All Rights Reserved