Ifedayo Sebenarnya Cedera, Bukan Tidak Dibenarkan Beraksi
Dunia
Melaka United FC
Advertisements

Selepas tular mengenai kedudukan penyerang Melaka United, Ifedayo Olusegun yang dikatakan tidak diturunkan kerana status pinjaman, pasukan Melaka United telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Dan yang terkini, Pemangku Ketua Jurulatih Melaka United, Asri Ninggal telah memberikan penjelasan mengenai ketidaktepatan berita yang tular mengenai Ifedayo dan menjelaskan bahawa Ifedayo bukanlah seorang pemain pinjaman.

Asri menjelaskan bahawa Ifedayo tidak diturunkan ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini adalah disebabkan faktor kecederaan yang membelenggu penyerang berbisa dari Nigeria itu.

Advertisements

“Kenyataan saya menyatakan hanya dua pemain iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik yang tidak dapat diturunkan pada perlawanan Liga Super Malaysia 2022 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini adalah di atas faktor pinjaman daripada kelab berkenaan.

“Sebaliknya Ifedayo pula tidak dapat diturunkan pada perlawanan berkenaan atas faktor kecederaan ‘hamstring’ yang dialaminya ketika sesi latihan pasukan,” jelas Asri.

Asri turut berkongsi info mengenai beberapa pemain lain yang tidak dapat diturunkan menentang JDT malam ini kerara kecederaan dan urusan keluarga.

Advertisements

“Beberapa pemain lain juga tidak dapat diturunkan termasuk Emmanuel Oti dan Wan Zaharulnizam Zakaria yang masih belum sembuh daripada kecederaan manakala Fakhrullah Rosli dan Penjaga Gol, Norazlan Razali juga tidak dapat diturunkan atas urusan keluarga.

“Diharapkan kenyataan-kenyataan yang dimanipulasi seumpama ini tidak lagi timbul bagi mengelakkan salah faham dan hanya menjejaskan fokus pasukan menghadapi perlawanan”. tegas Asri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram