Dunia
AFC
Advertisements

Turut hadir menyaksikan perlawanan Piala AFF yang menemukan Singapura dan Malaysia malam tadi, penyerang berbisa Singapura, Ikhsan Fandi mengucapkan tahniah kepada Malaysia namun ada peringatan yang diberi.

Rata-rata penyokong Malaysia pasti mengingati momen tarian yang dilakukan Ikhsan dan adiknya Ilhan Fandi selepas Ikhsan menjaringkan gol dalam perlawanan persahabatan Singapura menentang Malaysia pada Mac tahun lalu.

Jaringan kemenangan tersebut diraikan dengan tarian menarik. Baru-baru ini Ikhsan mendedahkan bahawa beliau bercadang untuk turut menari jika berjaya menjaringkan gol menentang Malaysia namun hajat itu tidak kesampaian apabila beliau ditimpa kecederaan dan disisihkan daripada skuad Piala AFF.

Advertisements

Selepas menyaksikan kekalahan besar Singapura, Ikhsan mengucapkan tahniah kepada Malaysia dan dalam masa yang sama memberi peringatan bahawa beliau akan terus menari. Perkara tersebut dikongsikan di ‘instagram story’ milik beliau.

Ikhsan fandi malaysia Ikhsan Fandi Ada Peringatan Buat Malaysia

Dalam aksi terakhir kumpulan B Piala AFF malam tadi, Singapura tewas 1-4 kepada Malaysia sekali gus memberikan laluan kepada Malaysia mara ke separuh akhir mengiringi Vietnam yang menjadi juara kumpulan.

Malaysia akan berdepan Thailand dalam aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung 7 Januari ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram