Ikhsan Fandi Bakal Uji Kekebalan Barisan Pertahanan Harimau Malaya
Dunia
bgpu_official
Advertisements

Penyerang berbisa Singapura, Ikhsan Fandi boleh dilihat sebagai ujian pertama bagi menguji kekebalan barisan pertahanan Harimau Malaya. 

Bekas pemain kelab Norway FK Jerv itu kini berada di prestasi terbaik dalam saingan Liga Thailand musim ini selepas berjaya mencatat 7 gol dalam 15 penampilan bersama BG Pathum United.

Oleh itu, barisan pemain pertahanan Harimau Malaya yang dipanggil oleh Pan-gon kali ini bakal menjadi medan pertama untuk membuktikan keampuhan mereka.

Advertisements

Antara nama yang selalu menjadi taruhan untuk mengetuai barisan pertahanan Malaysia adalah Dion Cools, Shahrul Saad, Aidil Zafuan, Syahmi Safari dan Quentin Cheng. Mereka juga merupakan pemain yang beraksi di Piala AFF Suzuki 2021 yang lalu. 

Manakala dua lagi pemain yang beraksi cemerlang buat pasukan masing-masing, Shahrul Nazeem (Selangor FC) dan Khair Jones (Negeri Sembilan) antara nama baru yang dipanggil oleh Pan-gon.

Kredibiliti yang ada pada barisan pertahanan yang dipilih ini juga tidak boleh dipandang remeh oleh kerana kesemua pemain berada dalam pasukan yang terbaik di Liga Malaysia.

Advertisements

Ketajaman Ikhsan Fandi di hadapan gol tidak boleh dinafikan lagi, dengan memiliki ketinggian dan bentuk badan yang sasa mampu menjadikan beliau seorang penyerang yang berprofilik.

Perlawanan persahabatan Singapura akan diadakan pada 26 Mac ini pukul 8.00 malam di Stadium Nasional Singapura.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram