Advertising
Ikhsan Fandi Beri Tan Cheng Hoe Kekalahan Ke-6, Tersingkir Ke Divisyen 2
MakanBola
BG Pathum / Police Tero
Sponsors

Ketua Jurulatih Police Tero FC, Tan Cheng Hoe merekodkan kekalahan ke-6 sejak mengambil alih pasukan selain tersingkir ke Divisyen 2 Thai League.

Pengendali berusia 55 tahun itu mengambil alih pasukan pada pertengahan musim dan memulakan aksi dengan baik apabila Police Tero mengikat Nakhon Pathom dengan keputusan 1-1.

Ad

Rentak sama gagal diulangi apabil tewas tiga perlawanan berturut-turut kepada PT Prachuap (2-0), Muang Thong United (3-1) dan juga Khon Kaen United (4-0).

Ad

Beberapa keputusan tidak seimbang dihadapi oleh Police Tero sungguhpun berjaya mengejutkan pasukan di tangga kedua, Bangkok United dengan kemenangan 3-0.

Pasukan kendaliannya bagaimanapun kembali kepada rentak kekalahan apabila tunduk 4-2 di tangan Trat sebelum tewas 2-0 kepada Sukhothai.

Ad

Aksi terakhir Thai League 1 menyaksikan BG Pathum United memberi kekalahan ke-6 sejak diambil alih oleh Cheng Hoe dengan kemenangan 4-2.

Ad

Peledak berbisa Singapura, Ikhsan Fandi mengetuai pesta gol ke atas Police Tero untuk menamatkan saingan di tangga ke-4 musim ini.

Ad

Police Tero pula secara rasminya tersingkir ke divisyen 2 dengan hanya 28 mata selepas 30 perlawanan, menjaringkan 38 gol dan bolos 67 kali.