Penyerang sensasi pasukan Singapura, Ikhsan Fandi telah membawa khabar duka buat seluruh negaranya apabila dilaporkan mengalami kecederaan lutut.
Pemain berusia 23 tahun itu merupakan tunjang utama pasukan untuk mengemudi jentera serangan skuad Singapura.
Namun begitu, khidmat bintang muda yang berkelana di Thailand bersama BG Pathum United ini semakin samar-samar apabila terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.
Menerusi laporan daripada Asean Football, Ikhsan kini mengalami kecederaan lutut ketika beraksi menentang Maldives pada minit ke-38.
Beliau jelas kecewa dengan keadaan ini telah melemparkan botol ke arah papan LED di bahagian tepi padang semasa diusung keluar.
Setakat ini, anak kepada lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad ini merupakan pemain kedua yang mengalami kecederaan ketika menjalani tugasan kebangsaan.
Ikhsan juga turut berisiko untuk tidak diturunkan ketika bertemu Malaysia pada aksi terakhir kumpulan B Piala AFF 2022.
Kim Pan-gon sudah tentu mahu memanfaatkan situasi ini untuk memastikan pasukan kendaliannya memperoleh tiga mata penuh.