Ikhsan Fandi Sah Terlepas Beraksi Di Piala AFF
Dunia
Playmaker
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam mengesahkan bahawa Ikhsan Fandi terpaksa disisihkan daripada skuad Piala AFF 2022 ekoran kecederaan lutut yang dialaminya dalam perlawanan persahabatan tempoh hari.

Selepas penilaian rapi dibuat daripada pihak Hospital, kecederaan yang dialami oleh bintang Singapura itu menyebabkan beliau disahkan tidak akan pulih dan cergas sepenuhnya dalam masa terdekat.

Seorang lagi pemain yang akan bersama Ikhsan Fandi iaitu Adam Swandi juga akan diketepikan atas faktor kecederaan yang sama.

Advertisements

Ketua Jurulatih Pasukan Singapura, Takayuki Nishigaya menyatakan bahawa ia adalah satu tamparan hebat kepadanya dalam mengemudi skuadnya kali ini.

Namun, jurulatih berusia 59 tahun itu akui kecederaan ini adalah sebahagian daripada bola sepak dan beliau yakin mampu merencana semula pasukan untuk memberikan yang terbaik dalam kejohanan itu nanti.

“Amat malang Ikhsan dan Adam tidak dapat menyertai kami untuk kejohanan itu. Bersama-sama dengan seluruh pasukan, mereka telah bekerja keras sepanjang tempoh persediaan kami dan saya boleh bersimpati dengan perasaan mereka sekarang.

Advertisements

“Saya akan menilai pilihan saya dari segi skuad akhir dan saya yakin sepenuhnya kami mempunyai pemain dalam pasukan yang boleh mengisi dan melaksanakan rancangan kami dengan sewajarnya,” katanya dipetik di laman rasmi FAS.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram