Ikhsan Fandi Tersenarai Dalam TOTW Liga Thai
Dunia
BG Pathum United
Advertisements

Bintang muda Singapura, Ikhsan Fandi Ahmad terus apabila melakar nama di bumi Thailand apabila namanya tersenarai dalam ‘Team Of The Week’ Liga Thai untuk musim 2021/2022.

Penyerang berbisa yang mewakili pasukan BG Pathum United ini menjadi satu-satunya pemain daripada kelab itu yang terpilih. Baru beraksi setakat 7 perlawanan, Ikhsan Fandi berjaya menjaringkan 6 gol dan 1 bantuan gol secara keseluruhannya.

Ikhsan menjaringkan gol pertamanya pada debut sebagai kesebelasahan utama ketika BG Pathum membenam Songkhla FC 4-1. Gol kedua beliau terhasil pada perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 ketika berdepan Muangthong United.

Advertisements

Pemain yang berusia 22 tahun ini terus memahat nama selaku penjaring ketika membantu BG Pathum menang 4-1 keatas Chiangmai United. Tidak cukup dengan itu, Ikhsan terus gah dalam dua perlawanan seterusnya apabila menjaringkan dalam kedua-dua perlawanan ketika BG Pathum menentang Port FC dan Khon Kaen United.

Pencapaian cemerlang Ikhsan pasti akan terus diperkatakan dan mendapat liputan yang meluas daripada pihak media. Prestasi memberangsangkan Ikhsan ini dilihat sebagai permata buat Singapura dan prospek penyerang terbaik Asia Tenggara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram