Ikhsan Fandi: Tidak Mustahil Beraksi Di Liga Malaysia
Dunia
Photographer.sports
Advertisements

Penampilan memukau yang ditampilkan oleh anak legenda Singapura iaitu Ikhsan Fandi berjaya membantu pasukan Singapura memastikan tempat di separuh akhir dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2020. 

Menurut kenyataan Ikhsan, beliau menyatakan bahawa tidak mustahil untuknya beraksi di Liga Malaysia akan datang. Beliau akui bahawa Liga Malaysia semakin berkembang menjadi sebuah Liga yang berkualiti pada pandangannya. 

“Liga Malaysia semakin kukuh, sudah pasti. Saya tidak tahu di mana saya melihat diri saya pada masa hadapan, tetapi ia boleh bermain di mana-mana sahaja, termasuk Malaysia,” 

Advertisements

Mengulas lanjut, kini pemain yang berkelana di Liga Eropah itu berbangga menjadi penjaring terbanyak bagi pasukan Singapura. Beliau optimis mampu membantu Singapura untuk menjulang trofi Piala AFF buat kali kelima bagi edisi kali ini. 

“Sudah tentu bagus untuk berada dalam senarai penjaring tetapi perkara paling penting bagi pasukan adalah untuk mendapatkan tiga mata dan kemenangan.

“Saya gembira melakukan apa yang jurulatih mahukan dan saya sedia membantu pasukan untuk mendapat kemenangan,” kata Ikhsan kepada Arena Metro. 

Advertisements

Pasukan Singapura berjaya menjadi naib juara kumpulan A sekaligus akan bertemu pasukan Indonesia bagi penentuan separuh akhir. Perlawanan separuh akhir pertama akan bermula pada 22 Disember 2021 jam 8.30 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram