Liga Super
Ikhwan Yazek
Advertisements

Bekas pemain Kelantan FC, Ikhwan Yazek kelihatan sebak dan menitiskan air mata kesyukuran baru-baru ini.

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun itu ditimpa musibah berat selepas mengalami kecederaan lutut di bahagian meniscus dan memerlukan rawatan lanjut. 

TRW Kelantan FC dalam satu kenyataan memaklumkan kecederaan yang dialami Ikhwan memaksa pemain itu untuk berehat bagi proses rawatan dan pemulihan. 

Advertisements

Setelah hampir 5 bulan menerima rawatan dan menjalani proses pemulihan, Ikhwan dilihat sudah pun bebas daripada kecederaan.

Beliau difahamkan menjalani rawatan pemulihan di Kota Bharu telah pun dilepaskan setelah dilihat kembali cergas semula.

Advertisements

Ikhwan sempat merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terus memberikan kata-kata semangat untuk beliau terus bangkit dan melangkah gagah.

“Terima kasih kepada semua penyokong dan saya rasa sangat gembira kerana selama 5 bulan saya bekerja keras.”

“Terima kasih untuk kalian yang mendoakan saya, semoga berjaya dunia akhirat,” ujar Ikhwan dalam keadaan sebak.

Ikhwan ketika ini bukan lagi pemain The Red Warriors selepas meninggalkan pasukan baru-baru ini dan mendapat risikan beberapa kelab termasuklah di Lembah Klang dan Pantai Timur.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram