Sebuah Kelab Lembah Klang Sambar Bintang Kelantan FC?
MakanBola
TRW Kelantan FC

Sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Kelantan FC untuk memantapkan pasukan.

Desas-desus mengenai masa depan pemain The Red Warriors terus menjadi tanda tanya selepas pasukan berada dalam detik terburuk Liga Super.

Pasukan Pantai Timur itu bergelut untuk mencapai prestasi sebenar dan tewas dalam kesemua 5 perlawanan terakhir dengan jaringan besar.

Antara muka baharu yang meninggalkan pasukan ialah pemain sayap lincah, Ikhwan Yazek.

Beliau telah membuat satu pengumuman mengejutkan di laman sosial Instagram beliau sekaligus menjadi antara watak penting yang melangkah keluar.

Menerusi satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 22 tahun itu akan membawa haluan baharu dalam kariernya dengan sebuah kelab Lembah Klang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

“Ikhwan Yazek ucap selamat tinggal, tamatkan kontrak lebih awal bersama Kelantan menerusi persetujuan bersama. “

“Difahamkan, ada tawaran daripada sebuah pasukan Pantai Timur dan sebuah pasukan Lembah Klang untuk musim depan.”

Perkara ini juga memberi kesan kepada persembahan Kelantan FC yang kini seakan tidak mampu bersaing dengan pasukan di Liga Super.

Pada musim ini, Kelantan menghuni tangga ke-13 Liga Super dengan hanya merekodkan 2 kemenangan daripada 21 aksi yang telah dilalui.